E - 76 : Kazen Lagi

                             

menunggu arahan

aksi bebas

satu gaya

satu ekspresi






             Ini pula merupakan sambungan posting yang bertajuk kazen. Sila klik ke link tersebut jika belum pernah tengok. Melihat kepada beberapa foto di atas, bolehlah dirumuskan, sebenarnya agak sukar untuk shoot foto kanak-kanak dengan mengarahkan mereka beraksi. Sebahagian foto di atas, dirakam secara terus dari satu sisi / sudut yang lain.

          PS:  part ayat sukar nak shoot foto kanak-kanak tu, hanya mengiyakan pendapat mereka yang terdahulu ;-)

          Foto ini telah sempat dirakam di dua lokasi berbeza pada tahun dua ribu sebelas.

E - 75 : Level Two


             Cubaan mengubah level ke dua baru dapat memberikan warna hitam putih yang diinginkan. Kebiasaannya, untuk shoot direct selalu memberikan hasil yang kurang memuaskan. Orang tak pro pasal kamera ni macam tu la kan. Nak kena buat banyak kali. Oh ya, foto berwarna memang ada, tapi cukuplah satu ni.
    
              Foto terakam disebuah kedai yang tidak menjual prosperity burger ini disyaki sekitar tahun dua ribu sepuluh.

E - 74 : Engine


        Gambaran bahagian engine di sebuah workshop yang menghadapi masalah, yang perlu dicari punca dan dibaiki oleh mekanik yang pakar dan berpengalaman. Memang banyak kenderaan berjenama ini yang dihantar ke sini. Selain dapat menyelesaikan masalah yang ada, harganya juga berpatutan berbanding di tempat lain. Sila masuk ke forum berkaitan untuk maklumat lebih lanjut. Orang yang pakai kenderaan ni sahaja yang jadi ahli, so tau lah mana-mana forum yang ada dibincangkan. Aku tak pernah masuk sebab takde kaitan. Hanya mendengar dari mereka yang hantar ke workshop ni, kata mereka dapat tau dari forum... ermmm ...

       Foto terakam sementara menunggu kereta diservis, diobjek pada tahun dua ribu sebelas.

E - 73 : Kazen




mana ball ?


                Masih ingat dengan tajuk apa tu? Atau belum pernah lihat lagi? Boleh saja klik link apa tu untuk melihatnya dengan kadar segera hehe. Kali ni, dengan tajuk yang berkaitan, keduanya adalah sepupu. 

           Foto kazen ini telah di rakam dalam satu jemputan makan-makan pada tahun dua ribu sebelas.

E - 72 : Buatan Atas



             Tidak kira di mana, tanpa perlu kisah persekitaran, hanya jika punya kesempatan. Fuhh bagaikan satu tagline sebuah iklan pula. Gambar agak kureng sharp dan punya noise yang agak tinggi. Menggunakan kamera lama yang agak terhad fungsinya, sementelah penggunaan zoom sekitar dua ratus lima puluh mm mungkin, tangan yang stabil sangatlah diperlukan saat sebegini. Owhh, tidak ketinggalan, oleh seorang yang tak berapa reti sangat pasal kamera. Satu kombinasi yang menarik dalam menghasilkan satu satu foto ;) setuju ?

                Foto buatan atas ini terakam adalah dipercayai sejak tahun dua ribu lima.

E - 71 : Mari Makan Minum

usia ais

mee goreng

coklat err something.. lupa arr

ikan 

ayam goreng tepung hahaha


nie coklat
roti
        Setiap makanan dan minuman di atas, ada nama tersendiri. Terkadang tu, objek makanannya sama je dengan tempat lain, tapi kedai tu bagi nama lain sikit, warung ni hias lain sikit dan rasanya pun lainlah sikit.  Tapi yang pasti harganya lain banyak. Senarai dua makanan terbawah yang dipanggil bunyi macam padang pasir tu, tak berapa best bila di kombinasikan dengan makanan yang lain tu. Kalau nak makan juga, pastikan yang lain takde dalam senarai. Kenapa? Mende alah dua tu jadi tak best sebab dah kenyang teramat, so makan tak abis daa ;)

        Foto 3M, mari makan dan minum tapi tiada nasi ini dikoleksikan pada tahun dua ribu sebelas.

E - 70 : Terlupa Tiga





              Ini pula merupakan siri yang ketiga yang dinamakan terlupa tiga. Sudah lihat atau masih ingat dengan terlupa dua? Sila klik "terlupa" untuk terjah ke sana. Owh, siri dalam blog ini bukanlah bermaksud atau ada berkait rapat seperti mana aplikasi Siri dalam iPhone 4S tu. Kalau duk kat US, Siri ni mungkin sangat berguna, kerana datanya berkaitan di negara sana, tapi kalau kat Malaysia, pengunaannya sangat terhad. iPhone 4S ini telah diuji beberapa hari lalu di sini, tak macam demo dalam yang kita lihat kat youtube la. Jadi pada mereka yang ada plan nak beli iPhone, fikir sendiri untuk apa 4S dengan Siri tu? Tapi kalau nak beli gak, ikut suka lorr hehe. Eh, iPhone 4 ke bawah dah boleh install Siri ni. Macam mana? Goooogle la.

          Foto disebalik pohon ini telah dirakam pada tahun dua ribu sepuluh.

E - 69 : Macam

KPT nun di sana

macam bangunan ?

the rock
       Sambungan dari episod enam puluh lapan, melihatkan yang mana satukah bangunan yang telah diperkatakan itu. Semoga tiada istilah kesesatan dalam mencari di mana terletaknya kompleks sukan air Putrajaya tersebut. Eh, apsal beria sangat aku promosi tempat ni? adesss...

             Foto santai dan buang masa ini dirakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 68 : Kompleks

dari kiri

dari kanan

di tengah, kelihatan Pullman di seberang sana
      Ramai juga yang dah ke Putrajaya tapi tak berapa pasti di manakah letaknya lokasi kompleks ini atau nama glamournya Kompleks Sukan Air Putrajaya. Biasanya kalau ada sukan berkayak, power-bot dan sebagainya, akan dibuat kat sini la. Selain tu terdapat juga kolam renang awam ikut standard saiz olympic dan merupakan satu-satunya kawasan tepi tasek dengan pasir pantai. Mengikut peta, lokasi ini adalah precint 6, jalan menghala ke arah hotel Pullman atau bangunan terbaru Kementerian Pengajian Tinggi. Dah jumpa dua bangunan ni. teruskan perjalanan dalam beberapa ratus meter camtu. Pasti jumpa.

   Foto jalan-jalan tengok persekitaran ini dirakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 67 : Terlupa Dua



                   Ini adalah siri ke dua dan dinamakan terlupa dua? Masih ingat atau sudah lihat yang pertama? Klik "terlupa" untuk melompat ke sana.

        Foto yang masih belum pasti ini di shoot pada tahun dua ribu sepuluh.

E - 66 : Offroad


sebelum

selepas
      Sebenarnya . . . asal posting ni, panjang juga aku bercerita pasal offroad kali ni, tapi aku delete balik la.  Sebab tujuan asal ada blog ni pun nak letak foto dari bercerita panjang. Makanya, just letak foto baru balik dari berkayuh dan selepas cuci basikal hahaha. Bukan senang  saja-saja aku  nak cuci basikal tapi tengok pada tanah yang melekat tu kiranya dah tahap kronik juga. 

       Foto basuh basikal ini dirakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 65 : Terbayang


      Agak lama juga menunggu ( memang lama sungguh menunggu, tengok ajelah tarikh akhir posting foto di blog ni  .. oopss )  kalau-kalau ada budak nak duduk dihujung permukaan papan tersebut dan kakinya dimasukkan dalam air ... ala-ala macam cerita sepet tu. Tapi hati-hati kalau nak masukkan kaki dalam air tu... cuba-cuba la tengok apa yang ada hehehe..

    Foto merakam bayangan ini diklik pada tahun dua ribu sebelas.

E - 64 : Antara



       Kenapa agaknya ? Mungkin juga keputusan yang lalu telah berubah, diubah atau dipaksa ubah? Setiapnya ada citarasa yang tersendiri. Bangunan nun di seberang tasek itu antara yang tertinggi dibina di wilayah Putrajaya.


           Foto saja-saja buang masa ini dirakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 62 : Melayang



         Layang-layang ke wau? Beza dia kat mana? Apa-apa pun, melihat mereka bermain wau di tepi pantai ini membuatkan aku terimbas zaman persekolahan rendah satu ketika dulu. Ada layang-layang yang dibeli di kedai, dan talinya disalut kaca botol yang dipecahkan. Ini kira "berperang di awan" dengan kawan-kawan, geselan ditali, tengok sapa punya yang putus terlebih dahulu. Bila pulang ke kampung, kawan-kawan ajar buat wau sendiri. Cari buluh, diraut elok, diikat jadikan buluh itu melentur seimbang. Beli kertas warna kat kedai, gam cantik-cantik. Owh aku masih ingat buat pertama kalinya, menghasilkan wau buatan sendiri yang dinamakan "wau kenyit bahu". Kawan yang mengajar aku bagitau, itu adalah wau paling basic untuk dibuat. Semua tu dalam kenangan. Ke mana perginya kawan-kawan aku tu?

          Foto terbang melayang nun di atas sana dirakam pada tahun dua ribu sepuluh.

E - 61 : Apa Tu ?





      Tajuk di atas berkaitan budak dalam gambo ni.  Satu ketika dulu dia sangat suka menggunakan soalan "apa tu?" .. tapi kini dah jarang digunakan, mungkin juga sebab dah banyak perkataan yang dia tau. Berusia dua tahun dua bulan lebih kurang.

   Foto dirakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 60 : Tiga Tapi Satu

  x-large disengajakan


   Foto tak berapa nak pagi  ini dirakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 59 : Salam Lebaran

sila ke na5wa.com



   Salam hari lebaran Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga selamat ke destinasi. 

    Foto beraya nun jauh di sana telah terakam pada tahun dua ribu sembilan.