E - 1: Kenapa blog


    Pheww.. akhirnya !! Ada juga blog yang bakal diletak segala macam foto ntah apa-apa yang telah dirakam sejak dulu hingga kini. Segala gambo main ikut suka je ... ni shoot takde ikut peraturan punya. Asal rasa berkenan dan lawa di mata. Ni kire asal jadik la kata orang. Ada ke? 

    Sebelum ni letak segala gambo kat fotopages. Aishhh... bukan segala gambo da, hanya mana yang rasa nak upload je.. yang tak upload tu banyak lagi. Tapi kenapa kali ni nak letak kat blog? Ada beberapa sebab . . .
tapi salah satunya, cuba tengok page depan site tu... banyak bendera mana? Dulu-dulu rasanya, sangat harmoni dengan pelbagai bendera negara kat depan tu.. tapi perasan dua tahun kebelakangan ni dah jadi macam tu.. tunggu jugak kut kut la ada berubah dengan adanya ramai yg post gambo kat situ esp org kita la kan, tapi macam tak kan ada perubahan je.. sungguh diskriminasi. Kalau nak tengok bendera negara lain pun, hanya dalam bahagian editors choice. Yang part most popular atau newest tu, jangan harap la skrg ni nak tengok bendera negara lain. Ermmm ke dari pc aku je nampak camtu? ha ha ha..


    Sebab kedua, semua foto yang di upload kat fotopages tu .. semuanya seperti asal dirakam kecuali letak url ntah.fotopages.com atas foto tu..  Dan foto tersebut terpaksa di saved lebih kecil dari size asal.. guna save for web & devices.. kalau tak buat camtu, tunggu 3 jam pun tak lepas nak upload. Jadi ada kemungkinan foto yg akan diupload kat blog ni di masa akan datang,  akan di edit mana-mana yang dirasa perlu. Tengok la dulu camna.. tu kalau rajin la nak edit.. nak upload pun malas, lagi nak edit sana sini.

    Sebab ketiga, kalau rajin perati kat fotopages tu, segala gambo yag di upload takde objek orang. Kalau ada pun, bukanlah objek utama yg nak dirakam, tu secara kebetulan orang tu ada kat situ. Ye la, nak menunggu betul-betul sesuatu tempat tu clear, jenuh la kan. Tapi sebab utama dalam sebab ketiga ni, kenapa tak shoot objek orang, sebenornya tak berapa reti sangat lagi hu hu hu.

Nota: buat permulaan untuk blog ni, cukuplah dulu letak satu foto seperti diatas ni .. tu pun di ambil dari site yg tertera tu.. secara realitinya telah dirakam guna kamera ( byk juga dari handphone) pada dua puluh empat bulan sembilan dua ribu sembilan. Lokasi ? alamak, tak da GPS la time tu.. tapi tepi laut la.. he he he..

No comments:

Post a Comment