E - 38 : PIPR Nine

laluan santai  bersebelahan tasek

Haitsan de marshall

Ezlynn - antara peserta PIPR

kalaulah basikal hanya satu warna

" owhh ni kena tukar crank "

mtb - mari tolak basikal

menanti penuh sabar melihat basikal ditolak beramai-ramai

ada yg mengusik - pakai Jeep 4wd pun kena tolak ke?

       Putrajaya Inter Park Ride atau ringkasnya PIPR ini dibuat hampir setiap bulan. Lokasi kayuhan tentunya sekitar Putrajaya. Ada on road, off road, malah pernah ada laluan redah tasek. Itu masa PIPR 8. Biasanya, kalau ada laluan off-road, pihak penganjur akan umumkan awal-awal supaya mereka yang nak join kayuhan ni mestilah menggunakan mtb dengan tayar yang bersesuaian. Segala foto di atas hanya dalam siri PIPR 9. 

PS: Sekadar info, PIPR 10 dibuat pada waktu malam.

   Foto kayuhan santai sambil lewa ini diambil pada bulan enam dua ribu sebelas.

E - 37 : Duta





    Secara kebetulan aje ada di tempat ini. Melihat ramai sedang shoot, kamera plak dah ada di tangan, aku pun try ajelah dari jarak jauh, focal length 200mm. Fazura sebagai duta Nutox Oxyfusion. Nama produk terlihat di backdrop.

    Foto hanya kebetulan ini telah dirakam di celahan orang ramai pada bulan sebelas dua ribu sepuluh.

E - 36 : Terbit


 

    
      Foto sementara menunggu kedai jual nasi dagang dibuka ini telah diobjek pada bulan sembilan dua ribu tujuh.

E - 35 : Terlupa Satu





      Agak-agak korang, kenapa tajuknya terlupa ?

     Foto tak berapa pasti ini dirakam pada bulan dua belas dua ribu sepuluh.

E - 34 : Lombong


Ini adalah siri  foto budget. . . tak cukup warna nak proses.




   Foto mengarut ini dirakam pada bulan sepuluh dua ribu sepuluh.

E - 33 : Malam Siang

bukan waktu siang

bukan waktu malam


    Objek yang sama, waktu berbeza . . . bukan setakat siang dan malam. Jarak tarikh antara keduanya ialah lebih kurang setahun lima bulan. Apa nama jambatan ni? Sila klik dan lihat foto di sini.

    Foto jarak masa ini diambil pada bulan tujuh dua ribu sembilan dan bulan dua belas dua ribu sepuluh

E - 32 : Priceless

  Sejujurnya dari awal aku tak follow pun liga bolasepak kat Malaysia kali ini. Jadi bila dapat tahu perlawanan akhir akan berlangsung di Bukit Jalil, dan kawan-kawan sekolah lama nak pergi tengok, aku pun teruja juga. Menang atau kalah tak ada dalam matlamat utama di minda aku dan kawan-kawan yang lain. Yang buat nak pergi sangat, sebab nak jumpa kawan-kawan yang datang dari Pantai Timur, dari Selatan tanah air juga yang pastinya tinggal sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ibarat reunion dalam stadium la. Mana pernah dibuat orang kan ? Detik yang sangat indah, satu harga yang tak ternilai . . .

bertopi

na na na na na ... Ganu Kite

macam-macam fesyen

pelbagai jenis topi rupanya

diaorang ni celebrate macam dah menang, padahal baru seri  1-1 hehehe

ikutkan ada kerusi, tapi mana nak duk ramai-ramai sekali, tangga aje la jawabnya

wajah-wajah gembira, tanpa peduli result akhir

dalam hitam putih, ada juga penyokong berbaju merah dlm group kami,  nilai persahabatan lebih diutamakan


kerusi byk kosong sbb ramai dah balik, ingat dah kalah.. tapi kami masih di sini

 Mana nak cari  kat tempat penyokong Terengganu tapi kibarkan bendera Kelantan

bila dah seri, jeritan tak putus-putus sampai game tamat, tak pernah berlaku dalam game-game lain
    
    Kemenangan memang langsung tak dijangka. Tinggal lagi 30 saat, boleh plak jadi seri. Tak pasal kami kena tunggu ( plan nak balik dan lepak makan minum ). Tapi pasukan lawan macam tak bermaya, apatah lagi 2 per 3 stadium yg dipenuhi warna merah, sunyi sepi tanpa sorakan apa-apa, sedangkan penyokong berbaju hitam putih terus bersorak walaupun sekadar seri dan tak pasti akan menang atau bakal berakhir dengan kekalahan.

Matlamat utama kami datang dah tercapai sebaik masuk stadium, jerit happy-happy tanpa peduli akan kemenangan. Dalam kumpulan kami, ada juga penyokong Kelantan tapi berbaju hitam putih sebab nak join kami sekali. Serba salah dibuatnya, bila Kelantan dapat gol, kena tahan rasa hahaha. Apa-apa pun keduanya dari pantai timur, satu menang piala FA, dan satu lagi berakhir sebagai juara liga. Syabas buat kedua pasukan.

    Selain dapat bertemu kawan-kawan lama, bersorak gembira apatah lagi dengan keputusan kemenangan di pasukan Terengganu, tarikh perlawanan juga sangat menarik iaitu sebelas haribulan enam dua ribu sebelas. Dan jika diamati, pasukan ini menang buat pertama kalinya piala FA adalah sebelas tahun yang lalu. Menarik betul dengan nombor sebelas ni kan? ermmm.

     Foto satu kenangan terindah ini di snap pada bulan enam dua ribu sebelas

E - 31 : Gelagat

gelagat seorang budak bernama Waseem

    Walaupun nampak macam sekeping foto, tapi korang pun tau dan boleh kira sendiri. Ini pun mana yang larat nak resize aje. Sila ikuti kisah budak ini dan keluarganya di www.na5wa.com. Banyak info dan gambar yang menarik di blog tersebut. Pastikan klik ;-)

    Foto santai merakam aksi ini diketik pada bulan sembilan dua ribu sembilan.

E - 30 : Di Ufuk




    Foto seadanya ini terpaksa di shoot pada bulan sepuluh juga sebelas dua ribu sembilan.

E - 29 : Kehilangan





   Kawasan yang indah, tenang dan damai di waktu pagi ini, tempat aku menanti kemunculan sang mentari, namun tak pernah berkurang pengunjung di sebelah petangnya, kini tinggal kenangan. Sebahagian pantainya telah terhakis. Suspek utama kerana adanya tambakan pantai tak jauh dari tempat ini. Melihat pada profil blog ini, itulah sebahagian gamba yang sempat dirakam. Lihat foto di atas sekali, bandingkan dengan gamba profil blog ini . . . jalan raya di foto tersebut adalah di sebelah kanan, manakala foto di profil, di shoot ketika berdiri atas sebahagian jalan raya yang telah hilang :-(

   Foto belum sarapan ini tersapa pada bulan sembilan dua ribu sembilan.

E - 28 : Kompleks Sukan





     Satu jamuan makan buah-buahan tempatan, juga makanan tradisional serta makanan popular dari Terengganu telah diadakan di kawasan tempat letak kereta stadium Bukit Jalil. Jemputan khas untuk anak-anak Terengganu yang menetap di sekitar Selangor serta Kuala Lumpur dan dihadiri MB Terengganu. Tapi, masa tengah makan dan borak-borak dengan pengunjung lain, ramai je mengaku bukan asal dari negeri tersebut. Sebenarnya mereka singgah ingatkan ada jualan, rupanya semua itu peeercuma. Persoalannya bila lagi nak adakan majlis macam ni ?
 
        Foto kekenyangan ini dipetik pada tahun dua ribu sembilan.

E - 27 : Kerana Api







     Foto tak tersangka ini sempat dirakam pada bulan dua dua ribu sebelas