E - 13 : Sepuluh

sebahagian
peace !!

Lama tunggu nak shoot ni. Bila nak clear ?
berwarna minus
dipanggil pemegang kamera


       Pada mulanya aku ingat Nikon ada buat mega sale ke apa. Nak la tengok-tengok kalau ada lens atau apa je yang boleh dijadikan barang simpanan ( kalau dah beli belum tentu pakai ). Tapi bila dah jejak sini, tengok la pameran yang ada sempena ulangtahun ke sepuluh ni, tentang segala koleksi kamera jenama Nikon ni sejak dulu hingga keluaran terkini serta gambar dan maklumat tentang siri kamera tersebut. Kalau nak ikutkan, memanglah mereka ada jual, tapi complete set kit untuk dslr dan kebanyakkannya compact. Harga? Serupa je macam kat kedai lainnya, takde murah atau diskaun pun. Kelebihan datang ke pameran ni, kalau nak servis untuk inspect dan cuci kamera untuk dslr, tidak dikenakan caj. Aku tengok je, tak hantar pun sebab ramai sangat dan malas nak menunggu. Owh, aku lupa ke sepuluh ni ulangtahun apa. Nak kata nikon masuk Malaysia, rasanya dah lama dari tu... apa-apa aje la.

   Foto yang dah tak tau apa nak rakam kat tempat ini dirakam juga pada bulan empat dua ribu sebelas.

No comments:

Post a Comment