E - 32 : Priceless

  Sejujurnya dari awal aku tak follow pun liga bolasepak kat Malaysia kali ini. Jadi bila dapat tahu perlawanan akhir akan berlangsung di Bukit Jalil, dan kawan-kawan sekolah lama nak pergi tengok, aku pun teruja juga. Menang atau kalah tak ada dalam matlamat utama di minda aku dan kawan-kawan yang lain. Yang buat nak pergi sangat, sebab nak jumpa kawan-kawan yang datang dari Pantai Timur, dari Selatan tanah air juga yang pastinya tinggal sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ibarat reunion dalam stadium la. Mana pernah dibuat orang kan ? Detik yang sangat indah, satu harga yang tak ternilai . . .

bertopi

na na na na na ... Ganu Kite

macam-macam fesyen

pelbagai jenis topi rupanya

diaorang ni celebrate macam dah menang, padahal baru seri  1-1 hehehe

ikutkan ada kerusi, tapi mana nak duk ramai-ramai sekali, tangga aje la jawabnya

wajah-wajah gembira, tanpa peduli result akhir

dalam hitam putih, ada juga penyokong berbaju merah dlm group kami,  nilai persahabatan lebih diutamakan


kerusi byk kosong sbb ramai dah balik, ingat dah kalah.. tapi kami masih di sini

 Mana nak cari  kat tempat penyokong Terengganu tapi kibarkan bendera Kelantan

bila dah seri, jeritan tak putus-putus sampai game tamat, tak pernah berlaku dalam game-game lain
    
    Kemenangan memang langsung tak dijangka. Tinggal lagi 30 saat, boleh plak jadi seri. Tak pasal kami kena tunggu ( plan nak balik dan lepak makan minum ). Tapi pasukan lawan macam tak bermaya, apatah lagi 2 per 3 stadium yg dipenuhi warna merah, sunyi sepi tanpa sorakan apa-apa, sedangkan penyokong berbaju hitam putih terus bersorak walaupun sekadar seri dan tak pasti akan menang atau bakal berakhir dengan kekalahan.

Matlamat utama kami datang dah tercapai sebaik masuk stadium, jerit happy-happy tanpa peduli akan kemenangan. Dalam kumpulan kami, ada juga penyokong Kelantan tapi berbaju hitam putih sebab nak join kami sekali. Serba salah dibuatnya, bila Kelantan dapat gol, kena tahan rasa hahaha. Apa-apa pun keduanya dari pantai timur, satu menang piala FA, dan satu lagi berakhir sebagai juara liga. Syabas buat kedua pasukan.

    Selain dapat bertemu kawan-kawan lama, bersorak gembira apatah lagi dengan keputusan kemenangan di pasukan Terengganu, tarikh perlawanan juga sangat menarik iaitu sebelas haribulan enam dua ribu sebelas. Dan jika diamati, pasukan ini menang buat pertama kalinya piala FA adalah sebelas tahun yang lalu. Menarik betul dengan nombor sebelas ni kan? ermmm.

     Foto satu kenangan terindah ini di snap pada bulan enam dua ribu sebelas

No comments:

Post a Comment