E - 59 : Salam Lebaran

sila ke na5wa.com



   Salam hari lebaran Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga selamat ke destinasi. 

    Foto beraya nun jauh di sana telah terakam pada tahun dua ribu sembilan.

E - 58 : Rumah


        Ini adalah sebuah rumah yang belum siap sepenuhnya pada masa shoot waktu tu. Tapi rasanya kini dah 95 percent siap.  Lagi 5 percent tu kira touch up sana sini la, tanam rumput carpet ke, buat rock garden dengan air terjun ke, atau apa sajalah. Budget kalau balik kampung sekali lagi, nak try shoot dalam HDR, tapi tak berapa pasti lagi bilakah agaknya nak balik ke kampung huhuhu. Confirm bukan dalam masa terdekat ni. Gambar kapal terbang nak mendarat di E - 5 (klik untuk lihat) di ambil dari pintu belakang rumah ini.

        Foto rumah ini dirakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 57 : Rolls


   
    Foto kereta yang terletak dalam garaj ini di shoot pada tahun dua ribu sebelas.

E - 56 : Putih



    Foto bunga warna putih ini di rakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 55 : Kellies


     Sebuah rumah yang tak sempat disiapkan sehingga sekarang sejak 100 tahun yang lalu menarik perhatian ramai apabila melalui jalan ini. Walaupun tak berapa pasti akan sejarahnya, tapi yang aku tau, rumah yang besar gedabak dan di panggil istana sehingga kini, merupakan rumah pertama di Malaya. yang akan dibina lif didalamnya. Diulangi. . . Malaya bukan Malaysia. Namun cerita selebihnya aku tak berapa nak ingat sangat sebab part lain tu macam tak berapa gempak sangat la berbanding buat lif dalam rumah. Nak tau lebih lanjut, cari sendiri kat internet, tapi dalam buku sejarah sekolah memang tak diajar la.

     Foto tertukar warna ini dipercayai telah dirakam pada bulan sembilan dua ribu sepuluh.

E - 54 : Jenama


        Terkadang satu jenama itu sangat diidolakan oleh orang ramai. . .  secara kerelaan, mereka yang kurang kemampuan, memiliki apa yang setakat yang dia mampu. Mengejar dan berlumba kepada jenama boleh mengakibatkan mereka terjerumus ke arah kehidupan negatif tanpa disedari. Namun jenama air minuman di atas tiada kaitan, tetapi unik tersendiri. Ingin sekali aku melihat pereka terkenal menjenamakan barangan mereka dengan nama "no brands" . .  amacam?

   Foto tidak dapat menghilangkan dahaga kerana boleh dilihat saja ini di shoot pada tahun dua ribu enam.

E - 53 : Dots Rock


        Gambar menceritakan segalanya. Tajuk hanya cuba menterjemahkan apa yang terlihat. Dots Rock adalah satu frasa klasik dari salah satu negeri di pantai timur. Kata ganda terulung pula ditambah dengan cetong. Huh berat !

          Foto acara tolak menolak ini secara suspeknya dirakam pada tahun dua ribu lima.

E - 52 : Selempang


        Banyak juga majlis kenduri kahwin yang aku pergi, tapi yang ini pada aku agak menarik sikit. Tak macam kebiasaan yang aku tengok. Budak-budak ni bukan setakat hebat dengan kompang tapi pakaian berselempang dan berdiri formasi. Wohoo, spek itam yang kelas tu hehe.

    Foto tanpa bunyi ini diobjekkan pada bulan lima dua ribu enam.

E - 51 : Bulan Or Moon ?

1/60s @ f/5.6

1/100s @ f/5.6

setting sama seperti di atas


           Plan asal nak shoot untuk setiap malam, tapi masa tak mengizinkan. Malas mengatasi segalanya haha. Terkadang kamera ada ditangan, tapi tripod plak ada kat rumah. Ada la juga shoot direct camtu je, tapi tangan ni tak leh nak stable la hehehe. So, gambo goyang sket. Kepada yang nak shoot gambo bulan, terutama guna tele-lens tu, rasanya eloklah guna tripod. Focal length untuk foto kali ini ialah dua ratus mm dengan iso-nya seribu.

          Foto kebetulan on the way balik rumah ini di rakam pada bulan lapan dua ribu sebelas.

E - 50 : Istana Bambu



          Merupakan sebuah restoran yang diperbuat hampir lapan puluh lima peratus daripada buluh. Telah beroperasi dalam setahun kalau tak silap aku.  Banyak aku nak cerita tapi secara ringkasnya tempat ni santai dan memang best hehehe Tak puas hati sebab ringkas sangat? Sila klik link istana bambu untuk mengetahui lebih lanjut dan promosi terkini. Uiks, ni pun dikira sebahagian dari promosi ni untuk korang yang singgah blog ni haha.

PS : sangat sesuai buat  kak jjcm itu... soon hehe. 

      Foto menunggu waktu ini di rakam pada bulan lapan dua ribu sebelas.

E - 49 : Point



         Bila diperhatikan semula, banyak juga noise walaupun waktu siang. Dengan keupayaan compact camera  yang agak limited, ditambah lagi jurukamera yang tak berapa reti selok belok pasal kamera, masa ini, point and shoot tu dah dikira ok la kan? hehehe. 

               Foto seadanya ini diobjekkan pada bulan lapan dua ribu lima.

M - 1 : Doa Yang Terlupakan


    Ini adalah kompilasi foto yang dipilih secara rawak dan cubaan pertama dimuatkan dalam bentuk video.

   Lirik :

            Ya Allah, setiap hari kudengar kumandang azan,
            namun terkadang, aku ...terlupa bahwa ..
            Engkau sedang menyapaku untuk kembali bersujud kepadaMu
            Ya Allah, inilah doaku yang terlupakan

         **
            Akhirnya ku hanya memiliki-Mu
            dalam hidupku .. kini
            dan akhirnya hanyalah tentang diri-Mu
             ku kan temukan cinta sejatiku
      Reff :
            setelah aku menafikan diri-Mu
            setelah aku meninggalkan-Mu               
            Ya tuhanku ampuni segala dosaku
            tunjukkan ku jalan kembali untuk-Mu
            Ya tuhanku rahmati segala langkahku
            agar ku temukan indahnya cinta-Mu

            ku sedari hanyalah pada diri-Mu
            ku kan temukan cinta sejatiku
            ku sedari hanyalah tentang diri-Mu
            yang mendamaikan seluruh jiwaku

            Go to Reff : 2x

            Ya tuhanku
            owhhhhhhuuuuuu Ya tuhanku    : 2x

             * * * * *
            ~ Ungu

E - 48 : Biru


      Foto senget semacam ini di rakam pada bulan sembilan dua ribu sembilan.

E - 47 : Persinggahan


    Kelihatan bot nelayan terdampar di benteng pasir pantai. Ramai nelayan mengambil peluang beristirehat bersama keluarga di waktu siang hari di sepanjang bulan mulia ini. Ehhhh.. kejap ! Foto ni takde kaitan dengan bulan Ramadhan sekarang ini kerana ia telah di shoot seperti - - baca ayat di bawah. Owhh, kelihatan juga bendera cap keris huhu.

    Foto ala kadar ini di culik pada bulan sembilan dua ribu sembilan

E - 46 : Hening


      Nak tunggu warna di langit seperti kebiasaan berwarna jingga tidak pula muncul pagi itu. Kuning pun ok juga, kan ? atau masih di banned ? hua hua. Dah menjadi macam satu tradisi plak, aku and kazen-kazen akan ke tempat ini, menanti dengan sabar matahari terbit jika pulang ke kampung. Tapi biasa terbabas juga, sebab matahari tak tunggu kita orang kalau kami terlambat hehehe.

     Foto sesudah subuh (ayat biasa kazen aku guna) di snap pada bulan sembilan dua ribu sembilan

E - 45 : Mr Bean


Kereta je yang ada, mr bean dah balik London

   Foto santai dalam malas ini di snap pada bulan sepuluh dua ribu sepuluh.

E - 44 : Air


          Lens pinjam kazen punya. Best amat guna 70-200mm f/2.8 tapi takde dalam perancangan aku la nak dijadikan ia sebagai salah satu koleksi. Buat masa ini, mungkin hehehe. Oh ya, bukan setakat lens, objek pun anaknya. Kanak-kanak ini telah mendapat seorang adik perempuan baru-baru ini. Cerita menarik dan terkini di na5wa.com.

   Foto kanak-kanak bermain air ini telah diobjek pada bulan dua dua ribu sebelas.

E - 43 : Merahnya


   Foto kanak-kanak berbaju merah ini di shoot pada bulan sembilan dua ribu sembilan.

E - 42 : Bukan Asli



    Foto menda alah tak asli ini di shoot pada bulan lima dua ribu sepuluh.

E - 41 : Mata


        Menda alah ferris wheel yang lebih kurang nak sama macam eyes of London ini satu ketika dulu terletak di sekitar tasek Titiwangsa. Ia dinamakan Eyes of Malaysia. Tak berapa pasti kenapa letak nama Malaysia, bukan Kuala Lumpur atau Wilayah aje. Setahun berada di situ, ianya dipindahkan ke Melaka. Kini rasanya dah takde kut.

       Foto mengada datang ke tempat ini sekadar tengok tapi tak naik ini telah dirakam pada bulan dua dua ribu tujuh.

E - 40 : Langkah

Bukan Escalator


    Foto tak berapa pasti motifnya ini di klik pada bulan lima dua ribu sepuluh.

E - 39 : Warna Emas


        Mengambil kesempatan di bulan yg baru bermula, salam Ramadhan buat mereka yang kadang-kadang rajin atau terbabas melewati blog ini dan bakal menjalani ibadah sepanjang bulan yang mulia ini. Semoga semuanya dipermudahkan. Mereka yg aku maksudkan ni, mungkin dalam dua tiga orang aje kut, kan ? hahaha. Kalau rajin klik la like atau dislike tu, boleh aku kira berapa ramai yang singgah kat sini sebenarnya ahaks !

        Foto dah nak masuk senja ini di rakam pada bulan sebelas dua ribu lima.