E - 69 : Macam

KPT nun di sana

macam bangunan ?

the rock
       Sambungan dari episod enam puluh lapan, melihatkan yang mana satukah bangunan yang telah diperkatakan itu. Semoga tiada istilah kesesatan dalam mencari di mana terletaknya kompleks sukan air Putrajaya tersebut. Eh, apsal beria sangat aku promosi tempat ni? adesss...

             Foto santai dan buang masa ini dirakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 68 : Kompleks

dari kiri

dari kanan

di tengah, kelihatan Pullman di seberang sana
      Ramai juga yang dah ke Putrajaya tapi tak berapa pasti di manakah letaknya lokasi kompleks ini atau nama glamournya Kompleks Sukan Air Putrajaya. Biasanya kalau ada sukan berkayak, power-bot dan sebagainya, akan dibuat kat sini la. Selain tu terdapat juga kolam renang awam ikut standard saiz olympic dan merupakan satu-satunya kawasan tepi tasek dengan pasir pantai. Mengikut peta, lokasi ini adalah precint 6, jalan menghala ke arah hotel Pullman atau bangunan terbaru Kementerian Pengajian Tinggi. Dah jumpa dua bangunan ni. teruskan perjalanan dalam beberapa ratus meter camtu. Pasti jumpa.

   Foto jalan-jalan tengok persekitaran ini dirakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 67 : Terlupa Dua



                   Ini adalah siri ke dua dan dinamakan terlupa dua? Masih ingat atau sudah lihat yang pertama? Klik "terlupa" untuk melompat ke sana.

        Foto yang masih belum pasti ini di shoot pada tahun dua ribu sepuluh.

E - 66 : Offroad


sebelum

selepas
      Sebenarnya . . . asal posting ni, panjang juga aku bercerita pasal offroad kali ni, tapi aku delete balik la.  Sebab tujuan asal ada blog ni pun nak letak foto dari bercerita panjang. Makanya, just letak foto baru balik dari berkayuh dan selepas cuci basikal hahaha. Bukan senang  saja-saja aku  nak cuci basikal tapi tengok pada tanah yang melekat tu kiranya dah tahap kronik juga. 

       Foto basuh basikal ini dirakam pada tahun dua ribu sebelas.

E - 65 : Terbayang


      Agak lama juga menunggu ( memang lama sungguh menunggu, tengok ajelah tarikh akhir posting foto di blog ni  .. oopss )  kalau-kalau ada budak nak duduk dihujung permukaan papan tersebut dan kakinya dimasukkan dalam air ... ala-ala macam cerita sepet tu. Tapi hati-hati kalau nak masukkan kaki dalam air tu... cuba-cuba la tengok apa yang ada hehehe..

    Foto merakam bayangan ini diklik pada tahun dua ribu sebelas.