E - 76 : Kazen Lagi

                             

menunggu arahan

aksi bebas

satu gaya

satu ekspresi






             Ini pula merupakan sambungan posting yang bertajuk kazen. Sila klik ke link tersebut jika belum pernah tengok. Melihat kepada beberapa foto di atas, bolehlah dirumuskan, sebenarnya agak sukar untuk shoot foto kanak-kanak dengan mengarahkan mereka beraksi. Sebahagian foto di atas, dirakam secara terus dari satu sisi / sudut yang lain.

          PS:  part ayat sukar nak shoot foto kanak-kanak tu, hanya mengiyakan pendapat mereka yang terdahulu ;-)

          Foto ini telah sempat dirakam di dua lokasi berbeza pada tahun dua ribu sebelas.

E - 75 : Level Two


             Cubaan mengubah level ke dua baru dapat memberikan warna hitam putih yang diinginkan. Kebiasaannya, untuk shoot direct selalu memberikan hasil yang kurang memuaskan. Orang tak pro pasal kamera ni macam tu la kan. Nak kena buat banyak kali. Oh ya, foto berwarna memang ada, tapi cukuplah satu ni.
    
              Foto terakam disebuah kedai yang tidak menjual prosperity burger ini disyaki sekitar tahun dua ribu sepuluh.

E - 74 : Engine


        Gambaran bahagian engine di sebuah workshop yang menghadapi masalah, yang perlu dicari punca dan dibaiki oleh mekanik yang pakar dan berpengalaman. Memang banyak kenderaan berjenama ini yang dihantar ke sini. Selain dapat menyelesaikan masalah yang ada, harganya juga berpatutan berbanding di tempat lain. Sila masuk ke forum berkaitan untuk maklumat lebih lanjut. Orang yang pakai kenderaan ni sahaja yang jadi ahli, so tau lah mana-mana forum yang ada dibincangkan. Aku tak pernah masuk sebab takde kaitan. Hanya mendengar dari mereka yang hantar ke workshop ni, kata mereka dapat tau dari forum... ermmm ...

       Foto terakam sementara menunggu kereta diservis, diobjek pada tahun dua ribu sebelas.

E - 73 : Kazen




mana ball ?


                Masih ingat dengan tajuk apa tu? Atau belum pernah lihat lagi? Boleh saja klik link apa tu untuk melihatnya dengan kadar segera hehe. Kali ni, dengan tajuk yang berkaitan, keduanya adalah sepupu. 

           Foto kazen ini telah di rakam dalam satu jemputan makan-makan pada tahun dua ribu sebelas.

E - 72 : Buatan Atas



             Tidak kira di mana, tanpa perlu kisah persekitaran, hanya jika punya kesempatan. Fuhh bagaikan satu tagline sebuah iklan pula. Gambar agak kureng sharp dan punya noise yang agak tinggi. Menggunakan kamera lama yang agak terhad fungsinya, sementelah penggunaan zoom sekitar dua ratus lima puluh mm mungkin, tangan yang stabil sangatlah diperlukan saat sebegini. Owhh, tidak ketinggalan, oleh seorang yang tak berapa reti sangat pasal kamera. Satu kombinasi yang menarik dalam menghasilkan satu satu foto ;) setuju ?

                Foto buatan atas ini terakam adalah dipercayai sejak tahun dua ribu lima.

E - 71 : Mari Makan Minum

usia ais

mee goreng

coklat err something.. lupa arr

ikan 

ayam goreng tepung hahaha


nie coklat
roti
        Setiap makanan dan minuman di atas, ada nama tersendiri. Terkadang tu, objek makanannya sama je dengan tempat lain, tapi kedai tu bagi nama lain sikit, warung ni hias lain sikit dan rasanya pun lainlah sikit.  Tapi yang pasti harganya lain banyak. Senarai dua makanan terbawah yang dipanggil bunyi macam padang pasir tu, tak berapa best bila di kombinasikan dengan makanan yang lain tu. Kalau nak makan juga, pastikan yang lain takde dalam senarai. Kenapa? Mende alah dua tu jadi tak best sebab dah kenyang teramat, so makan tak abis daa ;)

        Foto 3M, mari makan dan minum tapi tiada nasi ini dikoleksikan pada tahun dua ribu sebelas.

E - 70 : Terlupa Tiga





              Ini pula merupakan siri yang ketiga yang dinamakan terlupa tiga. Sudah lihat atau masih ingat dengan terlupa dua? Sila klik "terlupa" untuk terjah ke sana. Owh, siri dalam blog ini bukanlah bermaksud atau ada berkait rapat seperti mana aplikasi Siri dalam iPhone 4S tu. Kalau duk kat US, Siri ni mungkin sangat berguna, kerana datanya berkaitan di negara sana, tapi kalau kat Malaysia, pengunaannya sangat terhad. iPhone 4S ini telah diuji beberapa hari lalu di sini, tak macam demo dalam yang kita lihat kat youtube la. Jadi pada mereka yang ada plan nak beli iPhone, fikir sendiri untuk apa 4S dengan Siri tu? Tapi kalau nak beli gak, ikut suka lorr hehe. Eh, iPhone 4 ke bawah dah boleh install Siri ni. Macam mana? Goooogle la.

          Foto disebalik pohon ini telah dirakam pada tahun dua ribu sepuluh.