E - 78 : Ai City Yang Best

sotong celup tepung yang belum digunting

ikan celup tepung yg segar, ni pinggan tambah dah ni

kelihatan gunting yang digunakan

          Kebiasaannya, orang sebut ICT (sounds ai city) atau ikan celup tepung seperti foto kedua di atas.  Kalau makan nasi kerabu, selalu juga ambil ict ni, tapi sangat menghampakan. Entah ikan bila punya datang dari laut. Kalau specifically nak makan ict segar dengan kuah ladanya yang umphh, memang banyak tempat ada dijual. Begitu juga dengan sotong goreng tepung atau lebih dikenali dengan sotong celup tepung. Tetapi, hampir kesemua kedai yang menjual sotong celup tepung, telah dipotong siap-siap. Maka korang takkan tahu besar mana saiz asal sotong tersebut. Apatah lagi merasai thrill mengunting sendiri sotong celup tepung ni. Ishh, kalau dah cuba sekali, memang rasa kureng je kalau ke tempat lain hahaha. Eh, statement betul tu walaupun dalam gelak.

         Setiap kali pulang ke kampung, destinasi JJCM ke warung ni memang menjadi salah satu agenda. Rasa macam ruginya kalau tak singgah, dah ler pulang ke kampung tu boleh dibilang dengan jari je setahun berapa kali. Kalau dulu, orang ramai tak berapa tahu, warungnya juga tak banyak kerusi meja, tapi sentiasa ada tempat untuk makan. Tapi tiga atau empat tahun kebelakangan ni, walaupun kerusi meja bertambah, ada kalanya rasa terkilan sebab terpaksa makan tempat lain. Tu tak termasuk, kalau dapat makan kat situ, berdepan dengan dewasa tapi ala pelajar sekolah yang berebut makanan. Geram tu ada tapi bila tengok plate kenderaan masing-masing yang tidak mengambarkan mereka orang yang bermastautin di situ, tidaklah menghairankan. Tokey dia tengok, senyum je bila melihat mereka berebut-rebut. Letak keropok lekor, abis!, letak udang celup tepung, abis !, letak ikan celup tepung, abis!, letak sotong celup tepung . . . owhh kadang tak sempat letak, diambilnya dari senduk berjaring tu. Semuanya segar-segar sahaja, baru naik dari laut. Makanan panas-panas yang baru diangkat dari kuali. Sambil makan, dibelai pula oleh angin laut petang. Perghhh !

       Saat gambar ini terakam, memang tak payah berebut, malah masa tengah makan, ada beberapa sotong celup tepung kelihatan dalam talam yang tidak diambil orang. Owhh, baru perasan, best juga bila bercuti balik kampung panjang sikit dan bukan pada hari orang lain sibuk nak balik ke destinasi masing-masing hehehe.

       Foto pembuka selera owhhh sedapnya ini terhasil pada tahun dua ribu sebelas.

1 comment: