E - 82 : Crocs Misinterpret

Jangan tiru aksi ini

Berat 66

Apa terjadi seterusnya ?
           
            Masih berkisar pasal lawatan tak berapa nak belajar. Melihat pada tajuk di brochure, "crocodile fighting", aku bayangkan perlawanan sesama spesis. Buaya dengan buaya. Setelah masuk dan beberapa minit menunggu, dah start dan sehingga habis, apa yang aku duk imaginasi rupanya jauh tersimpang. Lihat sahaja sebahagian foto di atas, ianya merupakan pertunjukan sahaja. Namun ada juga beberapa detik-detik cemas antara pengendali buaya ni dengan . .  buaya lah tentunya. Masa detik cemas tersebut berlaku, kaku jari nak shoot, so takde la dalam itu gambar. Lain tahun la plak, kut rasa nak buat sesi lawatan susulan. Itu pun kalau ada detik cemas lagi dan jari tak kaku hehehe.

          Foto sesat di zoo ini terakam pada tahun dua ribu dua belas.

E - 81 : Rimau Di Zoo



             Sekarang ni, kebanyakkan tempat yang mempamerkan binatang contohnya gajah, burung kakak tua atau harimau seperti di atas ni, kalau nak bergambar dengannya, kena bayar. Ingatkan berlaku kat sini aje, rupanya tempat orang pun sama gak. Dah ler masuk zoo kena bayar, ni kena bayar lagi, tak murah plak tu. Makanya, aku hanya amik gambo aje la. Boleh tahan la jarak tak berapa jauh. Kira ok la tak dikenakan caj.  Aku cakap camni sebab kat negara sendiri, kalau ada camni, nak snap gambo pun tak bagi, mesti kena guna kamera dia orang. Pastu nak gambo tu kena bayar, uishhhh !!

             Ada ke zoo yang takde harimau ?


             Foto rimau di zoo ini di snap pada tahun dua ribu dua belas.

E - 80 : Di Zoo Ada Burung













        Dalam perjalanan bersiar-siar sekitar pulau, tiada plan pun nak singgah zoo, tapi bila dah tukang pandu kenderaan dah berhenti depan pintu pagar zoo, aku pun turun la beratur dan beli tiket. Rasanya, aku round tak abis pun dalam zoo ni. Antara sebab, pada aku tempat ni tak organize, contohnya bahagian burung-burung ni ditempatkan, banyak laluan dan agak sempit antara satu sama lain, ada tu langsung tak terurus,  macam terbiar pun ada, kena agak-agak plak ada binatang ke tak dalam satu-satu kandang tu. Ada gak kandang berasingan tempat tapi letak menda yang sama, apa daaa ?

       Rasanya zoo ni lebih utamakan pertunjukan binatang macam gajah, buaya etc. Ada la beberapa, tapi aku pergi tengok pun satu je, sebab masa tak mengizinkan nak duk lama-lama dalam zoo tu. Lagi pun dah time lunch, nak tunggu next show memang takde la.

      Owh, gambo burung-burung yang sempat di snap seperti di atas, terlupa la plak nak catat nama dan spesisnya, tapi rasanya boleh agak-agak la kan? Yang pastinya takde spesis angry birds kali ni.

     Foto spesis burung di zoo ini  terakam pada tahun dua ribu dua belas.