E - 11 : Menara

berapa tingkat ?

dari kejauhan

atas menara

zoom lagi
   
     Dikenali sebagai menara berkembar petronas atau juga dipanggil dalam bahasa sesatnya twin tower. Tapi orang ramai lebih suka sebut Kay Ell See Sea ( KLCC ).  Kalau tak sebut KL kat depan tu, nanti dah jadi maksud lain la plak. Terkadang bila sebut KLCC juga mendatangkan kekeliruan sementelah ia juga singkatan kepada Kuala Lumpur Convention Centre. Nasib baik la tak berapa jauh sangat dari KLCC seperti dalam gambo yang dipaparkan nih. Uikss.. aku la tu yang tak perati betul-betul masa nak ke sana. Dushhh !! 

    Foto tak berfaedah ini dipaksa rakam pada bulan sembilan dua ribu lima

E - 10 : Selatan Pun Bukan






     
    Foto macam bermasalah di atas telah diobjekkan pada bulan dua belas dua ribu sembilan

E - 9 : Tanpa Deru Angin

tertinggal 

terikat

limpahan

    Kalau baru belajar nak shoot gambo, apatah lagi menggunakan kamera yang bukan dalam kategori DSLR . . . seeloknya shoot la sesuatu objek yang pegun atau tak bergerak. Tapi itu semua terpulang pada masing-masing lorr. Masa nak beli kamera digital ni dulu, ada kawan bagi panduan, cari la lens yang namanya bunyi ala-ala bahasa Jerman gitu dan lagi bagus jika jenama kamera tu hanya keluarkan kamera sahaja. Maksudnya, kalau boleh elakkan dari jenama yang ada juga buat barangan elektronik yang lain.

    Foto yang berlainan masa juga berlainan tempat ini telah dirakam guna kamera lama pada bulan sebelas dua ribu lima.

E - 8 : Temanya Sik

bin re ~ sikal

bandar gangsa

nampak objek apa?

. .  seven eight nine ten . . teng teng !!

    Foto tak tau apa sebab dirakam ini telah di `kidnap' pada bulan sepuluh dua ribu lima.

E - 7 : Kite Bako Aje






   Secara faktanya, tempat ini telah diperkenalkan oleh seorang kawan pada tahun sebelumnya.. aishh.. lupa plak apa nama tempat ni. Ni kira kali ke dua la pergi sini. Eh, yang ketiga rasanya. Kali kedua pergi tu, awal sangat, kedai belum beroperasi lagi... so pergi ke tempat lain yang glamer namanya ala-ala Umbai tu. Jadi singgah makan di sini, kiranya kali ke dua la. Jalan-jalan cari kedai makan makanan laut untuk makan di waktu petang. Fuhhh panjang tajuk program masa tu... ha ha ha.

Foto minta dirakam pada bulan dua dua ribu sebelas.

E - 6 : Panaslah Belon





    Faktanya, buat pertama kali dianjurkan sekitar Putrajaya dan dimaklumkan oleh pihak penganjur belon-belon ini disertai dari pelbagai  negara. Ada juga dari syarikat tertentu yang mengambil bahagian.

Foto di atas tidak sengaja telah dirakam pada bulan tiga dua ribu sembilan.

E - 5 : Terbangnya Kapal

pulau
tepi pagar rumah kazen

belakang umah


             Foto terakam pada tahun berbeza, ikut dari atas iaitu dua ribu sembilan, dua ribu sepuluh dan dua ribu sebelas, lokasi sedikit berlainan ,  menggunakan kamera yang tak sama. Hancusss !

E - 4 S1: Jom Kayoh ke Kenyir

ekspedisi bakal bermula dari sini

selekoh

leader


Giant Yukon

fokus mendengar taklimat

Atas banner :"Take The Challeng"

tersusun

kami dah bersedia !!

serius diskusi mengatur strategi 

melihat peta.. arah mana yg perlu di tuju?
livestrong


  Fakta tak berapa ringkas:
       Jom kayoh ke Kenyir atau singkatannya JKKK difahamkan adalah ekspedisi pertama bagi ahli-ahli KBC pada tahun dua ribu sebelas ini. Mengikuti secara maya di fb, aktiviti kayuhan mereka selama ini kebiasaannya adalah dua kali seminggu. Ada kayuhan malam dan juga off-road sekiranya kayuhan di waktu siang. KBC atau nama penuhnya Kayoh Bike Club di ambil sempena nama sebuah kedai yang menjual basikal "Kayoh Bike". Cuba-cubalah google nama kedai ni untuk mendapat lebih maklumat.

      Ekspedisi julung kali ini dianggarkan jarak kayuhan sehala mengikut peta di google adalah 60km.. tapi bila dah sampai sana, mengikut odometer masing-masing, jarak sebenar adalah lebih dari itu. Jangka masa di ambil rasanya dalam dua atau tiga jam lebih aje. Salute !!

     Walaupun asalnya aku dah plan nak join berkayuh dgn mereka, tapi jadi tukang amik gambo pun dah sangat berpuas hati. Apatah lagi bila tengok laluan terutama yg berbukit, terdetik dalam hati... nasib baik drive sendiri, kalau kayuh memang sekerat jalan la... he he he...

Foto terakam di bulan dua dua ribu sebelas.

E - 3 : Kayuh

Di suatu pagi sekitar kawasan perumahan...
 
jom kayuh !!

kosentrasi
.. santai abis...

       Segala foto yang dirakam adalah secara kebetulan sahaja. Sebetulnya pada hari yang sama di sekitar jam 7.40am kami (aku n kazen) ada pergi shoot gambo geng-geng KBC (kayoh bike club)  yang bakal membuat ekspedisi buat pertama kalinya dengan jarak sehala 60km. So pergi balik, kira sendiri la kan. Tema kayuhan tersebut dinamakan Jom Kayoh ke Kenyir a.k.a JKKK. Eh, rasanya masa ni aku tengah drive dan yang shoot kazen aku lah. Diingatkan sekali lagi, gambo di atas takde kaitan pun dengan ekspedisi jkkk tu. Dah tu kumpulan berbasikal mana tu? Yang pasti kat jersey tu ada logo bendera negeri.. ahaks !!

      Foto-foto di atas terakam pada bulan dua dua ribu sebelas.
 

E - 2 : Bermulanya otherbookmarks



   Merenung ke luar jendela... sedang memikirkan sesuatu..

Terakam pada bulan sepuluh dua ribu sembilan

E - 1: Kenapa blog


    Pheww.. akhirnya !! Ada juga blog yang bakal diletak segala macam foto ntah apa-apa yang telah dirakam sejak dulu hingga kini. Segala gambo main ikut suka je ... ni shoot takde ikut peraturan punya. Asal rasa berkenan dan lawa di mata. Ni kire asal jadik la kata orang. Ada ke? 

    Sebelum ni letak segala gambo kat fotopages. Aishhh... bukan segala gambo da, hanya mana yang rasa nak upload je.. yang tak upload tu banyak lagi. Tapi kenapa kali ni nak letak kat blog? Ada beberapa sebab . . .