E - 9 : Tanpa Deru Angin

tertinggal 

terikat

limpahan

    Kalau baru belajar nak shoot gambo, apatah lagi menggunakan kamera yang bukan dalam kategori DSLR . . . seeloknya shoot la sesuatu objek yang pegun atau tak bergerak. Tapi itu semua terpulang pada masing-masing lorr. Masa nak beli kamera digital ni dulu, ada kawan bagi panduan, cari la lens yang namanya bunyi ala-ala bahasa Jerman gitu dan lagi bagus jika jenama kamera tu hanya keluarkan kamera sahaja. Maksudnya, kalau boleh elakkan dari jenama yang ada juga buat barangan elektronik yang lain.

    Foto yang berlainan masa juga berlainan tempat ini telah dirakam guna kamera lama pada bulan sebelas dua ribu lima.

No comments:

Post a Comment